'Kita buat pulut kuning sajalah' - video Azal runsing Zarina tak dipanggil berlakon undang sebak!

Gempak
Mei 30, 2018 16:55 MYT
Keluhan Zarina mendapat perhatian produser filem, David Teo yang menawarkannya berlakon. - Foto Instagram @zarinazainuddin
SATU klip video memaparkan aksi anak Zarina Zainuddin, Azal, yang risau akan nasib ibunya setelah tidak mendapat tawaran berlakon lagi mengundang sebak netizen.
Tersentuh dengan soalan yang diajukan Azal kepada Zarina, pelakon itu turut mendedahkan situasi sebenar yang dihadapinya yang kini menyara kehidupan dengan berniaga.
"Azal cakap kenapa saya lama tak pergi shooting berlakon drama, saya cakap tak ada orang panggil lagi kita buat pulut kuning saja lah.
"Dia cakap saya rungsinglah ibu...Kalau orang tak nak panggil, produser dah tak nak, stesyen TV asyik reject, saya pun tak boleh nak kata apa.
"Rezeki terbentang luas Allah bagi, mahu atau tidak usaha membuahkan hasil.
"Disebalik minat saya dalam lakonan saya terpaksa pendamkan dulu," tulis Zarina di Instagram peribadinya.
Perkongsian Zarina itu menyentuh hati netizen yang risaukan nasib pelakon itu membesarkan anak-anaknya termasuk Azza Elite.
"Tak apa Along, Allah sedang memilih Along untuk bersama Dia. Along boleh solat on-time, ada banyak masa dengan anak-anak, pulut Along terkenal, production hebat," pujuk Azza Elite.
Keluhan Zarina mendapat perhatian produser filem, David Teo yang menawarkannya berlakon.
"Nanti datang lokasi saya okey," tulis David.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @zarinazainuddin_
#anak #Azal #Azza Elite #filem #Instagram #Zarina Zainuddin
;