Kisah Sajat dapat liputan The New York Times
Astro Awani
Oktober 20, 2021 20:08 MYT
Oktober 20, 2021 20:08 MYT
KUALA LUMPUR: Selepas berhijrah ke Australia, usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini mendapat liputan media antarabangsa, The New York Times.
Kisahnya diburu pihak berkuasa akibat bertudung menjadi laporan di ruangan antarabangsa Asia media tersebut.
Menerusi temu bual bersama The New York Times, Nur Sajat berkata, dia berasa lebih bebas dan menemui dirinya yang sebenar di negara itu.
"Saya rasa terkongkong di negara sendiri, di tempat saya dilahirkan sebab undang-undang menjenayahkan saya dan menganggap saya sebagai lelaki," memetik laporan itu.
Menerusi perkongsian yang dibuat secara langsung di Instagramnya sebelum ini, Nur Sajat memberitahu tidak akan pulang lagi ke negara ini.
Selain itu, Nur Sajat turut memaklumkan telah menjual segala perniagaannya di negara ini dan akan memulakan perniagaan baharu di Australia.