Kisah kontroversi di sebalik lagu paling popular di dunia
Astro Awani
Februari 12, 2018 20:31 MYT
Februari 12, 2018 20:31 MYT
Jika ada yang bertanya lagu mana paling diminati, mungkin anda ada berdozen lagu dalam senarai. Namun jika ditanya lagu mana paling popular di dunia, majoriti akan menjawab Happy Birthday To You.
Bukan rahsia lagi, lagu ini didengari kebanyakan daripada kita sejak seawal usia setahun lagi. Apa juga bahasanya, melodinya tetap sama.
Di sebalik populariti lagu berkenaan ada kisah yang mungkin tidak kita ketahui. Sejarahnya agak panjang, tidak kurang kontroversi melibatkan hak cipta sehingga berlarutan bertahun-tahun di kamar mahkamah.
Bukan lirik asal
Melodi Happy Birthday To You ditulis pasangan beradik Mildred J. Hill (1859-1916) and Patty Smith Hill (1868-1946). Namun tidak ramai yang tahu judul asalnya adalah Good Morning To All.
Lagu ini dimuatkan dalam buku Song Stories for the Kindergarten yang ditulis diterbitkan pasangan ini pada 1893.
Tidak dapat dipstikan siapakah yang bertanggungjawab menukar senikatanya kepada Happy Birthday To You. Namun versi hari jadi ini diterbitkan kali pertama pada 1924 dalam sebuah buku yang dikarang Robert H. Coleman.
Sepuluh tahun kemudian, populariti Happy Birthday To You mengatasi Good Morning to All. Kontroversi bermula apabila Jessica Hill mengheret Mildred dan pasangan Patty ke mahkamah. Dia mendakwa penggunaan melodi Good Morning to You dalam lagu Happy Birthday to You sebagai tidak sah.
Pada 1935, Hill yang bertugas untuk Syarikat Clayton F. Summy mendaftar hak cipta untuk lagu Happy Birthday To You.
Kes mahkamah yang berpanjangan
Pada 1930-an, John F. Sengstack membeli Syarikat Clayton F. Summy yang kemudiannya dinamakan sebagai Birch TreeLtd. Syarikat ini kemudian dibeli Warner Chappell pada 1988 pada harga AS$25 juta.
Menurut Warner Chappell hak cipta lagu berkenaan di Amerika Syarikat (AS) adalah milik mereka sehingga tahun 2030. Ini secara tidak langsung bermakna pihak yang mempersembahkan lagu berkenaan tanpa izin syarikat itu sebagai melanggar undang-undang.
Pada 2013. Warner Chappell disaman atas dakwaan menuntut hak cipta palsu bagi lagu Happy Birthday To You.
Dua tahun kemudian hakim mahkamah persekutuan AS memutuskan tuntutan hak cipta oleh Warner Chappell itu sebagai tidak sah. Menurut hakim pendaftaran hak cipta hanya melibatkan versi piano, bukannya melodi dan lirik.
Pada 2016 Warner Chappell menyelesaikan kes berkenaan dengan nilai AS$14 juta. Mahkamah memutuskan Happy Birthday To You adalah hak milik awam dan sebarang persembahan melibatkan lagu ini tidak dikenakan sebarang bayaran royalti.
#Happy birthday
#Happy Birthday To You
#hari jadi
#Lagu
#lirik
#Mahkamah Persekutuan
#royalti
#undang-undang