Kisah hidup Armstrong bakal difilemkan

Astro Awani
Januari 19, 2013 08:29 MYT
Robot Bar, syarikat milik JJ Abram, juga pemilik-bersama Paramount Studios, telah membeli hak milik buku tulisan Juliet Macur yang berjudul Cycle Of Lies: The Fall Of Lance Armstrong, yang bakal diterbitkan oleh HarperCollins.
Macur adalah seorang wartawan sukan di New York Times yang telah membuat liputan mengenai Armstrong selama lebih daripada satu dekad, daripada eksploitasi berbasikal ke dugaan melawan penyakit kanser kepada penafian dan pengakuan pengambilan dadahnya dalam wawancara dengan Oprah Winfrey pada malam Khamis.
Tarikh penerbitan buku masih belum ditetapkan.
#Cycle Of Lies: The Fall Of Lance Armstrong #HarperCollins #JJ Abram #Oprah Winfrey #Paramount Studios