Kisah Britney Spears dalam buku memoir The Women in Me bakal dijadikan filem biopik

Media Hiburan
Ogos 3, 2024 15:39 MYT
Kisah kehidupan Britney Spears bakal dijadikan filem apabila Universal Pictures mendapat hak mengadaptasi buku memoir bintang terkenal itu. -Media Hiburan
KISAH kehidupan princess of pop, Britney Spears bakal dijadikan filem apabila Universal Pictures sudah mendapat hak untuk mengadaptasi buku memoir bintang terkenal itu.
Buku memoirnya yang berjudul The Women in Me diterbitkan pada 24 Oktober 2023 menjadi antara buku autobiografi terlaris dengan lebih tiga juta salinan terjual seluruh dunia.
Berdasarkan laporan, filem tersebut bakal diarahkan oleh Jon M.Chu yang merupakan pengarah Crazy Rich Asians manakala penerbitnya pula adalah Marc Platt yang banyak menerbitkan filem seperti La la Land dan Chicago.
Meninjau ke laman X, penyanyi yang popular dengan lagu Sometimes itu turut berkongsi kepada pengikutnya mengenai hal ini.
“Teruja untuk berkongsi dengan peminat saya bahawa saya sedang mengusahakan projek rahsia dengan Marc Platt. Dia sentiasa hasilkan filem kegemaran saya…. Nantikan,” kongsi Britney pada pagi Jumaat.
Imbas kembali, The Women in Me merupakan buku memoir yang memiliki 275 halaman dan ditulis sendiri oleh Britney Spears.
Sejak diterbitkan, buku yang berada dalam carta pertama di New York Times Best Selling itu sudah diterjemahkan dalam 26 bahasa. -Media Hiburan
#britney spears #The Women in Me #buku memoir #autobiografi #universal pictures
;