Kirk Hammett puji The Warning

Astro Awani
April 21, 2015 11:44 MYT
Band The Warning yang terdiri daripada tiga gadis berjaya mencuri perhatian pemain gitar utama kumpulan rock Metallica, Kirk Hammett.
KUGIRAN The Warning yang terdiri daripada tiga gadis berjaya mencuri perhatian pemain gitar utama kumpulan rock Metallica, Kirk Hammett.
Hammett, di akaun Twitternya, memuji persembahan kumpulan adik beradik ini yang memainkan lagu “Enter Sandman.”

The drummer kicks maximum ass ! https://t.co/ZXq0X5atE8

— Kirk Hammett (@KirkHammett) April 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiga beradik berbakat besar ini ialah Daniela Villareal, 16 tahun, selaku gitaris utama dan vocal; Paulina, 13, sebagai pemain drum dan vocal; manakala Alejandra, 10, selaku pemain bass.
Video yang dimuat naik di laman YouTube kumpulan itu kini mencecah lebih enam juta tontonan.
Video itu pada asalnya dimuat naik untuk tatapan keluarga dan rakan-rakan tanpa menyangka ia akan menjadi viral.
Populariti itu juga membuka peluang buat The Warning merakamkan EP pertama mereka bila bernaung di bawah syarikat rakaman Victoria Records.
Ketiga-tiga beradik ini turut memasang hasrat untuk mendalami muzik di Berklee College of Music, Boston dengan memulakan kempen crowdfunding di gofundme.
#Kirk Hammett #kugiran #Metallica #the warning