Kim Kardashian tidak akan menjual foto anak
Astro Awani
Januari 24, 2013 21:28 MYT
Januari 24, 2013 21:28 MYT
Berbeza daripada pasangan selebriti yang lain, Kim Kardashian dan Kanye West tidak akan menjual foto anak sulung mereka.
Pasangan itu bercadang untuk mendedahkan wajah anak mereka di laman sosial, Twitter.
Cadangan untuk tidak menjual foto kepada mana-mana medium media bagaimanapun menimbulkan kemarahan ibunya, Kris Jenner.
Ini kerana Kris yang merupakan pengurus Kim merupakan seorang yang mementingkan wang.
Namun, bintang realiti berusia 32 tahun itu banyak berubah sejak bersama dengan West dan tidak berminat untuk menjual foto anaknya.
Selain itu, Kim juga berhasrat untuk melindungi kehidupan peribadi anaknya untuk enam bulan awal dengan tidak muncul dalam program realiti keluarganya.
West mengumumkan Kim hamil pada penghujung tahun lalu dan dia dijangka bersalin pada Julai depan.