Kim Kardashian lahirkan bayi perempuan 5 minggu lebih awal
AFP
Jun 16, 2013 11:07 MYT
Jun 16, 2013 11:07 MYT
Bintang realiti TV, Kim Kardashian dilaporkan selamat melahirkan anak perempuan sulungnya bersama teman lelaki, penyanyi Rap, Kanye West pada Sabtu.
Menurut laporan, Kim yang berusia 32 tahun itu dimasukkan ke pusat perubatan Cedars-Sinai Medical Center di Beverly Hills selepas mengadu kurang sihat, 5 minggu lebih awal dari tarikh sepatutnya beliau bersalin.
Kanye turut dikatakan berada di sisi Kim ketika bayi itu dilahirkan, meskipun sibuk dengan promosi album terbarunya.
Ibu dan bayi dikatakan kini berada dalam keadaan sihat.
Kim mengumumkan beliau mengandung pada sambutan Malam Tahun Baru yang lepas selepas berpacaran dengan Kanye lebih setahun.
Populariti beliau memuncak selepas tampil dalam rancangan realiti "Keeping Up With the Kardashians", yang berkisarkan kehidupannya dan ahli keluarga Kardashian yang lain.