Kim Kardashian dan Kanye West umum nama anak keempat
Afiq Ariffin
Mei 18, 2019 14:56 MYT
Mei 18, 2019 14:56 MYT
SETELAH mengambil masa yang agak lama, Kanye West dan Kim Kardashian akhirnya memberikan nama anak keempat mereka Psalm.
Pasangan itu melakukan demikian selepas lebih seminggu mengalu-alukan kedatangan bayi itu melalui proses ibu tumpang.
Menurut pasangan itu, Psalm merupakan perkataan yang menggambarkan diri mereka secara spiritual. Ia bermaksud lagu suci atau pujian dalam Bahasa Hebrew.
Pasangan itu mengumumkan kehadiran anak lelaki baharu mereka dengan memuat naik gambar yang memaparkan teks mesej di antara mereka dengan kapsyen “Psalm West”.
Ada pihak yang berpendapat bahawa nama tersebut dipilih kerana pasangan itu dipengaruhi oleh persembahan Kanye membuat di dalam rancangan Sunday Service yang bertemakan ketuhanan Kristian.
Persembahan tersebut dilakukan secara terbuka dan ramai selebriti seperti Katy Perry, Orlando Bloom, Courtney Love dan rapper DMX hadir di persembahan itu.
Sebelum ini, ramai yang ternanti-nanti pengumuman nama bayi lelaki pasangan itu sehingga ada yang mencadangkannya di laman Twitter.
Bagaimanapun, pasangan itu membuat keputusan mengambil masa beberapa hari sebelum mendedahkan nama anak mereka.
Psalm menyertai adik-beradik baharunya iaitu North (5 tahun), Saint (3 tahun), dan Chicago (1 tahun).