Kim K, Kanye bakal timang anak keempat

Astro Awani
Januari 4, 2019 11:42 MYT
PASANGAN ini dilaporkan menangguhkan cadangan mereka untuk menimang anak keempat kerana Kanye masih bergelut dengan masalah kesihatan mental yang dihadapinya.
PASANGAN selebriti Kim Kardashian dan Kanye West dijangka menimang cahaya mata keempat dengan menggunakan khidmat ibu tumpang sekali lagi.
Rueters memetik beberapa media Amerika Syarikat yang melaporkan, ibu tumpang pasangan itu dijangka akan melahirkan anak pada bulan Mei nanti.
Bagaimanapun, tiada pengesahan daripada wakil pasangan ini.
Kim dan Kanye menimang cahaya mata ketiga mereka Chicago pada Januari 2018 yang dilahirkan melalui ibu tumpang.
Pasangan ini mempunyai dua lagi anak iaitu North 5 tahun dan Saint 3 tahun.
Kim memillih untuk menggunakan khidmat ibu tunggal selepas dinasihati doktor yang khuatir dengan keadaan kesihatannya sekiranya dia kembali hamil selepas melahirkan dua anak pertamanya.
Enam bulan sebelum ini, pasangan ini dilaporkan menangguhkan cadangan mereka untuk menimang anak keempat kerana Kanye masih bergelut dengan masalah kesihatan mental yang dihadapinya.
Menurut sumber, Kanye kini beransur sihat dan pasangan itu gembira untuk menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.
#Amerika Syarikat #Chicago West #Ibu Tumpang #Kanye West #Kim Kardashian #North West #Saint West
;