KIL muncul filem terbaik di FFM26
Azyyati Ahmad
November 1, 2014 23:52 MYT
November 1, 2014 23:52 MYT
Filem KIL arahan Nik Amir Mustapha dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Filem lakonan Redza Minhat dan Cristina Suzanne itu turut menerima anugerah bagi Lakon Layar Terbaik (Nik Amir) dan Pelakon Harapan Wanita (Christina).
FFM26 telah berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadot, Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu.
Terdahulu, Pengarah filem 'Penanggal', Ellie Suriaty dianugerahkan Pengarah Harapan pada malam perasmian FFM26.
Festival berkenaan yang bertemakan Transformasi Sinema Malaysia itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Jailani Johari pada Khamis.
Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM26:
Filem Terbaik: KIL
Pengarah Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)
Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
Pelakon Lelaki Terbaik: Rusdi Ramli (Tanda Putera)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Umie Aida (Sembunyi Amukan Azazil)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)
Lakon Layar Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)
Cerita Asal Terbaik: Rock Ooo
Pelakon Harapan Wanita: Christina Suzanne Stockstill (KIL)
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: Zul Ariffin (Penanggal)
Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz (Penanggal)
Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof (KL Gangster 2)
Anugerah Boxoffice: Jin Pakai Toncit dengan kutipan melebihi RM5.8juta
Anugerah Kesan Khas: Tanda Putera
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Wanita: Datuk Hjh. Rosnani Jamil
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki : Datuk Rahim Razali
Anugerah Khas Juri: Tanda Putera, Paper Moon, Kolumpo
Anugerah Filem Bukan Di Dalam Bukan Bahasa Melayu Terbaik: Paper Moon