Khidmat Khloe Kardashian sebagai hos tidak diperlukan
Astro Awani
April 24, 2013 18:03 MYT
April 24, 2013 18:03 MYT
Mengalami nasib yang sama seperti Britney Spears, perkhidmatan Khloe Kardashian sebagai hos rancangan tidak diperlukan lagi untuk musim terbaru “The X-Factor” Amerika.
Khloe yang pernah digandingkan bersama Mario Lopez masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sementara Mario masih dikekalkan sebagai hos.
Khloe yang popular menerusi program realiti “Keeping Up With The Kardashians” dipilih Simon Cowell untuk menjadi hos tahun lalu.
Dia dipilih bersama juri baru seperti Spears dan Demi Lovato bagi meningkatkan jumlah penonton.
Khloememiliki lapan juta pengikut di akaun “Twitter” manakala Lopez merupakan hos untuk program seperti “Extra” dan “On Mario Lopez”.
Bagaimanapun percaturan Cowell selaku pencipta francais meletakkan Khloe sebagai hos tidak membuahkan hasil.