Khaulah Al Azwar, permata hati Diana Amir

Gempak
Mac 18, 2015 17:12 MYT
Pelakon Diana Amir berkongsi foto permata hati pertamanya, Khaulah Al Azwar yang bermaksud permata besi tatapan peminat.
PELAKON Diana Amir berkongsi foto anak sulungnya, Khaulah Al Azwar yang bermaksud 'permata besi' buat pertama kalinya untuk tatapan peminat.
Foto tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Diana menerusi akaun Instagramnya dengan kapsyen yang berbunyi: “My strength… Our 1st family photo thanks to @camorasrts #babykhaulah #khaulahalazwar #alhamdulillah.” tulisnya.
Dalam pada itu, Camora Arts yang juga merupakan jurufoto rasmi bagi sesi fotografi untuk Diana Amir juga turut memuat naik beberapa gambar comel Khaulah di Instagram mereka.
Foto yang menunjukkan Diana dan suaminya Habib memeluk anak sulung mereka dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum telah menawan hati peminat.
Di sini, dikongsikan beberapa foto comel ‘baby’ Khaulah untuk tatapan pembaca yang diambil menerusi Instagram @dianaamir, @camoraarts dan MIG Online.
#Anak Pertama #Camora Arts #Diana Amir #Khaulah Al Azwar #permata besi
;