Khairul Fahmi Che Mat kini bergelar suami

Astro Awani
Disember 28, 2012 07:30 MYT
Dengan sekali lafaz, bintang bola sepak kebangsaan, Apek atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat telah sah bergelar suami kepada Nur Eilunie Natasha Nazri.
Pasangan itu diijabkabulkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib di rumah pengantin perempuan pada pukul 10:25 pagi Jumaat.
Eilunie yang dikenali sebagai Liuniey menerima hantaran mas kahwin berjumlah 19 ribu ringgit.
Pada majlis yang dihadiri ahli keluarga kedua-dua mempelai, Apek yang segak berbaju melayu membawa bersama tujuh dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh Liuniey.
Pasangan ini akan mengadakan tiga majlis resepsi iaitu disebelah pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember ini.
Diikuti persandingan disebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Cherang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.
Satu lagi majlis resepsi dijadual berlangsung di Hotel Royale Bintang, Damansara pada pukul 8 malam, 13 Januari depan.
Apek dan Liuniey menjalin hubungan cinta selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi Simplysiti penyanyi Datuk Siti Nurhaliza awal tahun ini.
Majlis perkahwinan Apek dan Liuniey akan disiar secara eksklusif di saluran Astro Ria 512 pada 20 Januari tahun depan.
#Apek #Khairul Fahmi Che Mat #Liuniey #Nur Eilunie Natasha Nazri #perkahwinan
;