Khairul Aming sumbang RM10,000 hasil jualan Sambal Nyet kepada tabung Palestin

Astro Awani
Mei 18, 2021 10:21 MYT
Khairul turut berkongsi berita bahawa beliau telah mendermakan hasil jualan sambalnya berjumlah RM10,000 kepada tabung Palestin. -Foto Instagram/ khairulaming
SIAPA sangka, dengan hanya berkongsi resepi masakan di media sosial secara suka-suka, nama Khairul Aming mula mencipta nama dan diminati rakyat Malaysia.
Mana tidaknya, selain tak lokek berkongsi resepi di laman sosial, gaya penyampaiannya yang petah serta kelakar menjadikan beliau diikuti ramai pengguna media sosial tanah air.
Umum mengetahui, selain menghasilkan ‘content’ masakan, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman, turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan jenamanya sendiri "Sambal Nyet by Khairul Aming".
Lebih membanggakan, setelah tiga bulan menceburkan diri dalam bidang itu, pemuda berusia 29 tahun ini berjaya mencapai hasil jualan RM1 juta hanya menerusi penjualan produknya itu.
Namun disebabkan permintaan yang tinggi, ‘Sambal Nyet’ keluarannya sering kehabisan stok setelah ramai pengikutnya berebut untuk membeli dan mencuba produknya itu.
Menerusi akaun Twitternya, Khairul tampil memberikan penjelasan.

morning guys..tadi aku record lagi skali behind the scene restock sambal untuk menjawab dm dan shopee chat yg ramai tnya kenapa sambal tak nampak bila refresh. Actually ada..tapi pic.twitter.com/3RHgcgiKmX

— Khairulaming (@khairulaming) May 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelasnya, ekoran permintaan yang tinggi, beliau telah menaikkan jumlah stok daripada 1,000 kepada 5,000 botol sehari.

last month kita dh naikkan sambal dari seribu botol sehari ke 4 ribu sehari. now minggu ni kita dh start push ke 5 ribu botol sehari. ada dua renovation yg tengah nak siap minggu ni..hope we can achieve 5k setiap hari sepanjang bulan ni

— Khairulaming (@khairulaming) May 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebahagian hasil jualan sambalnya itu turut didermakan kepada tabung Palestin.
“RM10,000 dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung Palestin.
“Diharapkan sedikit sebanyak (sumbangan itu) boleh meringankan beban saudara di sana,” tulisnya di akaun Twitter.

also rm10k dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung palestin. diharapkan sedikit sebanyak boleh ringankan beban saudara di sana

— Khairulaming (@khairulaming) May 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi bebenang itu juga, Khairul turut memuat naik foto resit sumbangan berjumlah RM10,000 itu sebagai bukti sumbangan beliau.

As recommended by a lot of people, kami dah salurkan derma tersebut ke account Tabung Cinta Gaza Malaysia. Sesiapa yg nak join sekali boleh click link ni. Sama-sama kita bantu : https://t.co/cl09Kk75oS pic.twitter.com/i5FW0eBRU1

— Khairulaming (@khairulaming) May 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Khairul Aming #laman sosial #rakyat Malaysia #media sosial #sambal Nyet #resepi #masakan #Palestin #Twitter #Gaza #Malaysia #rakyat
;