Kevin Spacey didakwa tuduhan serangan seksual

Astro Awani
Jun 17, 2022 10:30 MYT
Kevin Spacey ketika meinggalkan Mahkamah Majistret Westminister pada Khamis. - Foto REUTERS
LONDON: Pelakon Hollywood Kevin Spacey, yang didakwa atas empat tuduhan serangan seksual, dibebaskan dengan jaminan tanpa syarat selepas hadir di mahkamah di London, pada Khamis.
Spacey, 62, hadir di Mahkamah Majistret Westminster pada jam 9 pagi waktu tempatan.
Polis London memfailkan pertuduhan terhadap pemenang Oscar dua kali menerusi filem 'The Usual Suspects' dan 'American Beauty' itu pada Isnin lalu.
Pendakwa Raya dan polis berkata dua serangan pertama dilakukan Spacey didakwa berlaku pada Mac 2005 di London, melibatkan seorang lelaki yang kini berumur 40-an.
BACA: Dakwaan seksual Kevin Spacey: Apa yang kita tahu setakat ini
BACA: Gangguan seksual: Kevin Spacey didakwa lagi, kongsi video 'pelik' di YouTube
Serangan ketiga pula didakwa berlaku juga di London, pada Ogos 2008, ke atas seorang lelaki yang kini berusia 30-an.
Pertuduhan keempat didakwa berlaku di Gloucestershire di Baratengland pada April 2013, terhadap lelaki ketiga yang kini berusia 30-an.
Tiada pengakuan diambil bagi kesemua pertuduhan yang dikenakan bermula 2005 hingga 2013.
Dia akan hadir semua di Mahkamah Southwark Crown pada 14 Julai untuk diambil pengakuan dan prosiding pra-perbicaraan.
Spacey adalah Pengarah Artistik Teater The Old Vic di London antara 2004 dan 2015.
#Kevin Spacey #serangan seksual #mahkamah #lelaki
;