Kevin Spacey bebas tuduhan serangan seksual

Astro Awani
Julai 27, 2023 09:10 MYT
Spacey bersyukur dan berterima kasih kepada para juri yang mengambil masa lebih 12 jam untuk mencapai keputusan itu. - Foto REUTERS
LONDON: Pelakon Hollywood Kevin Spacey, 64 tahun, dibebaskan atas kesemua tuduhan serangan seksual terhadapnya oleh mahkamah di London pada Rabu.
Para juri di Mahkamah Southwark Crown mendapati Spacey tidak bersalah atas sembilan pertuduhan serangan seksual terhadap empat lelaki antara tahun 2001 dan 2013.
Kesemua tuduhan terhadap Spacey berlaku ketika kempen 'Me Too' di mana tiga lelaki mendakwa Spacey meraba alat sulit mereka selain satu kes melakukan seks tanpa kerelaan.
Bercakap di luar perkarangan mahkamah, pemenang Anugerah Oscar itu berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada para juri yang mengambil masa lebih 12 jam untuk mencapai keputusan itu.
Tahun lepas mahkamah di New York turut membebaskan Spacey daripada saman AS$40 juta oleh pelakon Anthony Rapp, atas tuduhan yang didakwa berlaku 30 tahun lepas.
#Kevin Spacey #serangan seksual #Me Too #Mahkamah Southwark Crown
;