Ketika selebriti Bollywood mahu berperang, ini tindakan selebriti Pakistan
Hilal Azmi
Mac 1, 2019 09:47 MYT
Mac 1, 2019 09:47 MYT
DI TENGAH-TENGAH ketegangan diplomatik yang melanda India dan Pakistan, perbualan di media sosial turut hangat membincangkan isu sama.
Antara yang mendapat perhatian ialah reaksi yang dikongsikan selebriti daripada kedua-dua negara.
Rata-rata selebriti Bollywood bagaikan bersorak memberi sokongan dengan tindakan yang diambil kerajaan India yang dianggapkan sebagai usaha menjaga kedaulatan negara.
Antara yang dilihat melakukan perkara tersebut ialah Ajay Devgn, Salman Khan, Sanjay Dutt dan Akshay Kumar.
Walau bagaimanapun amat mengejutkan apabila selebriti ternama Pakistan sebaliknya berkongsi mesej keamanan dengan menolak sebarang promosi perang yang hangat diperdebatkan.
Setakat ini, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan telah mengumumkan untuk membebaskan juruterbang Tentera Udara India, Komander Ambhinandan Varthaman pada Jumaat.
Ia susulan Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi memaklumkan bahawa perdana menteri sedia untuk berunding dengan rakan sejawatnya di India, Narendra Modi bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku di antara dua negara berkenaan.
#Ajay Devgn
#Akshay Kumar
#Bollywood
#India
#kedaulatan negara
#Pakistan
#Priyanka Chopra
#Salman Khan
#Sanjay Dutt
#Selebriti India
#Selebriti Pakistan