Kesihatan merosot, Amylea mohon doa kesembuhan bapa
Astro Awani
Ogos 9, 2021 21:18 MYT
Ogos 9, 2021 21:18 MYT
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Amylea Azizan, memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan bapanya yang semakin merosot disebabkan sakit jantung yang dialami sejak dua tahun lalu.
Menerusi entri terbaharu di Instagramnya, Amylea berkata peluang untuk bapanya kembali sembuh adalah tipis berdasarkan perkongsian doktor yang merawatnya.
‘’Keadaan ayah semakin merosot hari ini dan doktor telah berkongsi dengan ibunya bahawa peluang untuk ayah pulih seperti sediakala sangat tipis.
‘’Untuk waktu ini, hanya keajaiban yang saya harapkan berlaku,’’ katanya.
Bapanya, Azizan Zainal Abidin, 62, kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 30 Julai lalu.
Tahap kesihatannya dilaporkan mula merosot pada Julai selepas demam akibat jangkitan kuman.
‘’Mohon semua mendoakan, sedekahkan Yasin untuknya dan pada yang mengenali dia, maafkan ayah saya sekiranya ada dosanya dengan kalian,’’ tambahnya.
Pada Julai, penyanyi Tak Pernah Hilang itu pernah merayu sumbangan derma kilat bagi membiayai kos rawatan bapanya.
#Amylea Azizan
#artis malaysia
#Institut Jantung Negara
#Azizan Zainal Abidin
#Tak Pernah Hilang
#kos rawatan IJN