Kesha dilarang buat persembahan di Anugerah Muzik Billboard
Syafique Shuib
Mei 19, 2016 08:20 MYT
Mei 19, 2016 08:20 MYT
NAMPAKNY, kemelut antara Dr Duke dan penyanyi terkenal Kesha masih belum sampai ke penghujung.
Terbaharu, penyanyi yang sinonim dengan lagu pop rock, ‘Tik Tok’ itu mendedahkan beliau tidak akan membuat persembahan di majlis Anugerah Billboard pada Ahad ini.
Sebelum ini Kesha dilaporkan akan menggunakan pentas Billboard untuk membuat persembahan tentang kesnya terhadap Dr Luke.
Oleh kerana itu, pihak label Kemosabe Records milik Dr Luke dan Kesha tidak mendapat persetujuan dan penyanyi itu tidak mendapatkan kelulusan untuk meneruskan dengan persembahannya.
Kesha dalam post terbarunya di Instagram menjelaskan persembahan beliau tiada kena mengena dengan Dr Luke.
Sebaliknya, beliau bercadang untuk mempersembahkan penyanyi legenda Bob Dylan, “It ain’t me, babe” sebagai penghargaan untuknya.
“Saya begitu teruja untuk menyanyikan lagu tersebut pada anugerah Billboard tahun ini. Namun, sayang sekali saya tidak dibenarkan untuk membuat persembahan.
“Saya ingin menjelaskan bahawa persembahan saya adalah untuk memberi penghormatan kepada penulis lirik yang begitu hebat itu. Ia sama sekali bukan tentang Dr Luke,” katanya dalam satu catatan di Instagram.
Memetik laporan Billboard.com, syarikat produksi Dick Clark Productions masih mengharapkan Kesha dan Kemosabe Records dapat mencapai kata sepakat sebelum 22 Mei agar penyanyi itu dapat membuat persembahan.
Pada Februari, keputusan mahkamah untuk tidak membebaskan Kesha daripada kontraknya bersama Kemosabe Records dibawah syarikat rakaman gergasi, Sony mencetuskan kemarahan netizen.
Ia berikutan kes mahkamah antara Kesha dan Dr Luke - atau nama sebenarnya Lukasz Sebastian Gottwald - atas kes gangguan fizikal dan seksual.
Hakim Shirley Kornreich berkata tiada cukup bukti perubatan dalam kes ini.