Keselamatan anak Shah Rukh Khan di penjara dipertingkat

Gempak
Oktober 20, 2021 09:23 MYT
Aryan kini dipantau dan diberikan keselamatan lebih ketat sejak dipindahkan ke pusat tahanan khas Penjara Arthur Road, Mumbai. -Gambar fail
MUMBAI: Seperti diketahui ramai, anak kepada aktor Bollywood Shah Rukh Khan, Aryan Khan kini ditahan di penjara ekoran dakwaan berkaitan skandal dadah baru-baru ini.
Terbaru, media antarabangsa melaporkan Aryan kini dipantau dan diberikan keselamatan lebih ketat sejak dipindahkan ke pusat tahanan khas Penjara Arthur Road, Mumbai.
Dalam pada itu, Aryan juga dikatakan tidak berkomunikasi dengan mana-mana individu lain yang turut ditahan dalam kes sama.
Anak bintang terkenal itu juga dilaporkan berhadapan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran penjara termasuk makanan di sana.
Perkara itu membuatkan pihak pengurusan penjara tersebut risau akan keadaan kesihatan dan kebersihan dirinya.
Selain itu, media luar juga melaporkan penjaga Aryan pernah menghantar wang sebanyak Rs. 4,500 (RM250) untuk perbelanjaan kantin di penjara berkenaan ekoran pihak berkuasa tidak membenarkan makanan dari rumah dibawa masuk ke situ.
Sebelum ini, Gempak melaporkan anak bujang pesohor Bollywood itu sepatutnya dibebaskan pada 9 Oktober lalu.
Namun tahanan remannya dipanjangkan selama 14 hari dan akan menjalani 'hukuman' tersebut di Penjara Arthur
Terdahulu, Aryan bersama tujuh lagi individu lain ditahan kerana dipercayai terbabit menggunakan, membeli dan menjual bahan terlarang dan pihak Biro Kawalan Narkotik (NCB) mendakwa telah merampas sejumlah dadah termasuk kokain dan ekstasi di kapal persiaran di pantai Mumbai.
Bagaimanapun, Aryan dan yang lainnya disahkan negatif dari najis dadah dan telah mengambil dua dos vaksin COVID-19.
Menurut NCB, perjalanan kes itu adalah berat kerana berkaitan skandal dadah yang cukup besar.
*Sumber: PinkVilla
*Artikel asal di Gempak
#Shah Rukh Khan #Aryan Khan #skandal dadah #dipenjara kerana dadah
;