Kes cerai: Erma Fatima enggan ulas lanjut

Gempak
Jun 11, 2015 14:46 MYT
Erma sebelum ini pernah menyatakan dapat menerima kehidupan bermadu manakala Bade pula menafikan akan bercerai kerana menurutnya beliau masih menyayangi steri pertamanya. - Gambar Fail

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mengatakan dia akan bercerai dengan suaminya, Badaruddin Azmi.

Difahamkan kes penceraiannya berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat pada kira-kira jam 3.30 petang Khamis.
Menurut laporan portal Murai, Erma yang ditemui pada Konsert Bongkar Ta'Kan Melayu Hilang Di Dunia Wings malam tadi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
"Kita tengok sendiri nanti. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah," ujar Erma ringkas.
Dalam perkembangan lain, kes pasangan tersebut akan disebut pada jam 2.30 petang ini di mahkamah berkenaan.
Terdahulu, Erma telah mendirikan rumahtangga dengan Badaruddin yang terkenal dengan nama jolokan, Bade, 30 November 1990.
Selepas lebih 15 tahun melayari hidup dengan Erma yang cukup sinonim dengan filem, 'Embun' itu Bade mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isteri kedua, Aida Abdul pada Mei 2014.
Erma sebelum ini pernah menyatakan dapat menerima kehidupan bermadu manakala Bade pula menafikan akan bercerai kerana menurutnya beliau masih menyayangi steri pertamanya.

#Aida Abdul #Bade Azmi #Erma Fatima
;