"Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki jururawat" - Wanita tampil jawab Linda Rafar

Gempak
Disember 28, 2018 00:00 MYT
Linda meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk dari seorang jururawat yang tidak mengendahkan permintaannya untuk menukarkan cadar di katil ibunya. - Foto Instagram
SELEPAS tular status tidak puas hati Linda Rafar atas layanan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam terhadap ibunya, seorang doktor wanita tampil memberikan pandangan.
BACA: “Kita Cakap Baik-Baik, Dia Boleh Kurang Ajar...”- Linda Rafar Kesal Dengan Layanan Jururawat Di Hospital
Jelas doktor yang memperkenalkan diri sebagai Dr. Ninie, tindakan Linda memuat naik status berkenaan tidak wajar.
"Puan Linda tahu kan status Puan sebagai selebriti, ramai kenal Puan. Bila Puan tuliskan perkara begitu apa yang Puan harapkan Puan dapat daripadanya?
"Kalau Puan tidak berpuas hati dengan layanan di wad itu, Puat boleh buat aduan kepada hospital sendiri. Ada borang aduan.
"Lagi satu ya Puan, mungkin Puan tidak tahu yang mengambil gambar atau video di premis hospital satu kesalahan dan Puan boleh didakwa. Tolonglah hormati undang-undang," tulis Dr. Ninie.
Tambahnya, tugas jururawat tidak seperti orang awam sering bayangkan sebaliknya mereka antara tulang belakang sesebuah hospital.
"Misi ni kerjanya banyak Puan. Duduk kat kaunter bukan bermakna mereka membawang. Kena buat macam-macam kerja menulis dah macam kerani pun ada.
"Tanpa mereka pincanglah hospital. Kadang kala mereka terlupa bila kita minta sesuatu. Tak apa. Pergilah cakap lagi sekali. Ingatkan dia. Kita berbaik sangka boleh kan.
"Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki misi. Tulah kerja kita sebagai anak, isteri, mak atau cucu," tambahnya.
Linda meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk dari seorang jururawat yang tidak mengendahkan permintaannya untuk menukarkan cadar di katil ibunya.
BACA: “Kami Akan Racun Mak Kau, Jangan Menyesal!”- Diugut 'Nurse', Linda Rafar Buat Laporan Polis
Susulan pendedahan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Hak Milik Kekal itu mendapat ugutan daripada individu tidak dikenali untuk meracuni ibunya yang sedang sakit.
#Dr Ninie #Hospital #Linda Rafar #shah alam
;