Kerja kamanusiaan Charlize Theron dihargai
Astro Awani
Januari 24, 2013 22:39 MYT
Januari 24, 2013 22:39 MYT
Charlize Theron diberikan penghargaan atas kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukannya.
Bintang kelahiran Afrika Selatan ini menerima anugerah dalam Majlis Crystal Awards di Davos, Switzerland.
Aktres berusia 37 tahun ini menyeru pemimpin politik dan komuniti dunia supaya terus menggiatkan usaha membanteras penyakit HIV/AIDS.
Majlis Crystal Awards diadakan sempena forum ekonomi dunia yang berlangsung di sana.
AIDS dan beberapa isu kesihatan global lain antara intipati yang akan dibincangkan oleh ahli politik dan pemimpin ekonomi dan pakar akademik pada forum berkenaan.