Kereta Roy Azman terbakar, isteri dan anak bongsu sempat selamatkan diri

Gempak
Disember 4, 2023 04:00 MYT
Roy berkongsi hantaran di Instagram, menyaksikan kenderaan miliknya itu sedang dijilat api. -Gempak/Instagram
PELAKON Roy Azman meluahkan rasa syukur berjaya menyelamatkan diri daripada keretanya yang terbakar di tengah-tengah lebuh raya.
Roy yang kini popular dengan Projek Bapak Bapak berkongsi hantaran di Instagram, menyaksikan kenderaan miliknya itu sedang dijilat api.
Malah, dalam hantaran sama, Roy turut berkongsi keadaan keretanya yang rentung selepas kejadian itu.
"Salam semua. Alhamdulillah. Saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta. Syukur," tulisnya ringkas.
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesejahteraan Roy dan keluarga yang ditimpa ujian itu.
Gempak masih cuba mendapatkan maklum balas daripada Roy untuk perkembangan lanjut. -Gempak
#Roy Azman #kereta terbakar #anak sempat keluar kereta #rentung di lebuh raya