Kerap dukung Siti Saleha, Aaron Aziz sakit bahu
Gempak
Julai 28, 2015 13:10 MYT
Julai 28, 2015 13:10 MYT
PELAKON popular Aaron Aziz mendedahkan salah satu punca yang menyebabkan bahunya sakit adalah kerana kerap mendukung aktres Siti Saleha.
Namun kepada peminat Aaron Aziz jangan cepat melatah kerana itu merupakan antara babak penting dalam filem terbarunya berjudul ‘Cinta Paling Agung.’
Menurut Aaron, sebelum ini dia pernah mengalami kecederaan di bahagian bahu dan kesakitan itu semakin bertambah apabila dia melakonkan babak tersebut.
Selain itu, Aaron juga memberitahu antara babak yang tidak dapat dilupakan ialah mendukung Siti Saleha dari ruang tamu hingga ke bilik tidur.
Melihat kepada tahap kebesaran rumah agam tersebut sudah cukup ‘ngeri’ buat Aaron apatah lagi jarak antara ruang tamu dan bilik tidur begitu jauh lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa mendukung aktres cantik itu sambil menaiki tangga.
Tak percaya?
Apa kata saksikan filem Cinta Paling Agung yang bersiaran di Astro First Eksklusif mulai 17 Julai 2015 di saluran 480.