Kerana bosan, Rihanna putuskan hubungan dengan jutawan Arab
Gempak
Jun 5, 2018 18:37 MYT
Jun 5, 2018 18:37 MYT
PENYANYI Rihanna dilaporkan sudah memutuskan hubungan cintanya dengan Hassan Jemeel iaitu jutawan dari Arab Saudi baru-baru ini.
Menurut laporan media antarabangsa, Rihanna memutuskan hubungan mereka hanya kerana sudah mula bosan dengan jutawan tersebut.
"Riri (Rihanna) dan Hassan bersama buat seketika. Mereka menjalinkan hubungan yang baik, tapi kini sudah berakhir.
"Sudah tentu Riri yang menyakitkan hatinya (Hassan). Riri hanya bosan dengannya.
"Dia kadang-kadang bosan dengan lelaki," menurut seorang sumber.
Kisah percintaan Rihanna dan Hassan Jameel mula menjadi perhatian umum selepas foto kemesraan mereka berdua tersebar sekitar Julai 2017.
Hassan Jameel adalah seorang usahawan muda juga pewaris kekayaan keluarganya Abdul Latif Jameel.
Perusahaan itu memegang hak edaran kenderaan jenama Toyota di Arab Saudi.
Sumber: Elite Daily