Kerajaan Abu Dhabi luar biasa hebat - Salman Khan

Agensi
Disember 22, 2017 21:06 MYT
Salman Khan berbangga kerana peroleh pengalaman luar biasa ketika berada di Abu Dhabi selama 65 hari sepanjang pembikinan filem 'Tiger Zinda Hai'. - REUTERS/Fail
PELAKON Bollywood, Salman Khan menyifatkan kerajaan Abu Dhabi sebagai tulang belakang utama kepada kejayaan filem 'Tiger Zinda Hai'.
Bukan sahaja itu, dia berbangga kerana peroleh pengalaman luar biasa ketika berada di Abu Dhabi selama 65 hari sepanjang pembikinan filem itu.
Seramai 300 krew terlibat dalam produksi Ali Abbas Zafar dan Aditya Chopra.
Abu Dhabi dipilih sebagai venue utama untuk salah satu babak dramatik berkenaan.
Salman, 51 tahun, yang ditemui media UAE dalam nada yakin memberitahu akan datang lagi ke Abu Dhabi untuk projek terbaharunya kelak.
'Tiger Zinda Hai' merupakan filem sekuel kepada 'Ek Tha Tiger' yang pernah pecah panggung pada 2012.
Sudah memulakan tayangannya di seluruh pawagam pada 21 Dis 2017, Salman digandingkan dengan heroin berbakat, Katrina Kaif.
#Abu Dhabi #Aditya Chopra #Ali Abbas Zafar #Ek Tha Tiger #Katrina Kaif #Salman Khan
;