Kenapa wajah berubah? Ini jawapan Fathia Latiff...
Gempak
Februari 27, 2025 10:20 MYT
Februari 27, 2025 10:20 MYT
Wajah terbaharu Fathia Latiff yang dirakamkan pada Rabu semasa pelakon itu menghadiri majlis pelancaran dan sidang media drama bersiri Bidaah di Kuala Lumpur.
PELAKON Fathia Latiff tidak cepat melatah apabila perubahan wajahnya menjadi bualan ramai di media sosial.
Menjelaskan perkara itu, Fathia berkata penambahan usia merupakan antara faktor utama berlakunya perubahan di wajahnya.
“Saya rasa itu pendapat masing-masing, bagi saya wajah saya sama sahaja. Mungkin faktor umur juga menyebabkan wajah saya berubah.
“Saya tak marah pun kepada orang yang bercakap tentang wajah saya sebab itu pendapat masing-masing. Saya terima sahaja,” ujarnya.
Fathia berkata demikikan ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media drama bersiri Bidaah yang diadakan di Aloft, KL Sentral, Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Bagaimanapun, Fathia mengakui ada membuat rawatan wajah untuk mengekalkan kecantikannya.
“Dulu saya ada ‘eye bags’ di bahagian bawah mata dan saya ada buat rawatan untuk hilangkannya, selain itu saya ada buat rawatan licinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Fathia akan tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Bidaah.
Selain Fathia, drama Bidaah yang mengisahkan ajaran sesat ini juga turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Vanida Imran, Fazlina Ahmad Daud, Hasnul Rahmat dan Malia Baby
Drama sebanyak 15 episod itu akan mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac ini. - Gempak