Kenapa 'unlike' video saya? - Datuk Aliff Syukri

Madiha Abdullah
November 30, 2017 03:00 MYT
Datuk Aliff Syukri mempersoalkan mengapa video itu menerima unlike yang begitu banyak, sedangkan ia hanya sebuah video lirik.
AHLI perniagaan yang kini berjinak-jinak dengan dunia nyanyian, Datuk Aliff Syukri, pelik apabila video lirik lagu nyanyian menerima dislike yang banyak.
Video lirik lagu berjudul Abang Nak Tegur itu dimuat naik ke laman YouTube pada 23 November lalu.
Ketika artikel ini ditulis, ia telah menerima hampir 600,000 tontonan.
Namun, jumlah like dan dislike mencatatkan perbezaan yang amat ketara, dengan jumlah dislike ketika ini mencecah 53,000, manakala jumlah like hanya 7,000 sahaja.
Dalam kemas kini status di akaun Instagramnya, Datuk Aliff menyatakan rasa terkilan dengan situasi itu.
Pengasas jenama D'Herbs yang popular dengan panggilan Abang Terlajak Laris itu mempersoalkan mengapa video itu menerima dislike yang begitu banyak, sedangkan ia hanya sebuah video lirik.
Video lagu terbitan KRU Muzik itu yang turut menampilkan Nur Sajat, ketika ini berada di tangga keempat paling trending di YouTube Malaysia.
#Abang Nak Tegur #Datuk Aliff Syukri #Lagu #terlajak laris #unlike #video #YouTube