Kenapa terjah rumah Iqbal pukul 3 pagi? Ini penjelasan DS Vida...
Gempak
Oktober 18, 2021 13:33 MYT
Oktober 18, 2021 13:33 MYT
JUTAWAN kosmetik popular, Datuk Seri Vida (DSV) mendedahkan dirinya melakukan solat sunat Tahajud sebelum menggagahkan diri ke kediaman bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli seawal pukul 3 pagi.
Jelas DSV atau turut dikenali sebagai Vida, 49, kehadirannya secara mengejut di kediaman pemuda berusia 27 tahun itu bagi menyedarkan dirinya bahawa telah disihir.
"Saya bukan nak menunggang agama pergi jumpa jantan pukul 3 pagi. Tapi apa saya nak cakap saya kena buat solat Tahajud dulu, saya kena minta doa dari Tuhan adakah aku patut pergi.
"Kalau aku tak patut pergi, Kau putarkan aku pergi tempat lain atau tak jadikan aku pergi ke sana, atau mengantuk.
"Maka lepas buat tu, saya pergi atas sebab si Iqbal dah kena sihir, kau takkan rasa sakit. Orang takkan percaya. Saya mengenali Iqbal selama tujuh tahun dia bukan orang macam ni.
"Tengok mata hitam, kulit dah tak putih lagi, dah jadi kelabu asap. Saya kenal kulit Iqbal putih macam mana," tegasnya menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada Ahad.
Kata Vida lagi, dia tidak terus menyerbu masuk ke kediaman Iqbal sebaliknya, pembantu peribadinya, Dila masuk ke rumah terbabit 30 minit lebih awal kerana perlu menggunakan tandas secara kecemasan.
"Ketika di sana Dila (pembantu peribadi) masuk 30 minit barulah saya masuk. Nasib baik Dila nak buang air besar, dia gegar rumah orang tu sampai nak runtuh.
"Saya jumpa dua pengawal keselamatan, seandainya tidak diizinkan Tuhan mereka dah halau saya balik.
"Walau aku DSV, aku rendahkan martabat, runtuhkan maruah aku, menjatuhkan nama aku mencari jantan muda waktu 3 pagi. Adakah kau DSV yang namanya di atas sana, melutut mencari jantan umur 27 tahun bekas PA aku!" tambahnya.
Selain itu, Vida yakin bahawa Iqbal kini telah disihir tanpa sedar dengan niat sebagai perantara untuk menjatuhkan perniagaannya.
"Dia sayang saya, anak-anak saya tiba-tiba jadi benci. Okey tak apa fine, close the story. Saya banyak berdiam diri tapi saya tahu you dah kena sihir oleh mereka yang nak menjahanamkan bisnes aku, mereka dengkikan aku, guna Iqbal untuk menjatuhkan aku dan maruah aku.
"Si Iqbal ini adalah orang perantaraan yang dihantar sihir untuk menghancurkan kebahagiaan aku. Kita ada bukti tapi saya tak mahu cakap namanya, biar Tuhan balas!
"Yang sembahyang, pergi Mekah, tunjuk alim, buat orang disebabkan hasad dengki melihat kekayaan aku.
"Kalau tak nak kat saya, tak kisah. Saya pun ada harga diri, tapi saya nak selamatkan dia daripada dipergunakan orang lain yang dengki dan sakit hati saya. Aku hanya nak kejar kaya akhirat," dedah Vida lagi sambil memaafkan perbuatan khurafat individu berkenaan.
Kata Vida lagi, seorang ustaz telah menjalankan rawatan perubatan secara Islam dan menemui pelbagai bahan kotor dalam telur ayam kampung selepas selesai proses tersebut baru-baru ini.
Sabtu lalu, kehadiran Vida ke kediaman Iqbal mendapat perhatian ramai hingga mencetuskan kata-kata negatif terhadap pelantun lagu I Am Me itu.
Dalam pertemuan itu, Vida difahamkan telah menghadiahkan sebentuk cincin bertatahkan permata tanzanite yang dipercayai bernilai lebih mahal daripada permata.
Batu permata berwarna biru itu hanya boleh ditemui berhampiran Gunung Kilimanjaro, Tanzania, Afrika.
Ia dipercayai boleh menyembuhkan tubuh secara dalaman dan memberi keseimbangan tenaga dalam badan.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini.