Kenapa putus cinta yang terbaik untuk Zayn Malik dan Gigi Hadid? Ini sebabnya...

Gempak
Ogos 17, 2018 13:06 MYT
Menurut sumber, Zayn telah banyak berubah setelah dia kembali bercinta bersama model terkenal itu.
PASANGAN popular Hollywood, Zayn Malik dan Gigi Hadid mengakui hubungan mereka yang pernah putus adalah pengalaman terbaik yang memberi pengajaran kepada mereka.
Menurut sumber, Zayn telah banyak berubah setelah dia kembali bercinta bersama model terkenal itu.
"Zayn sangat bersyukur kerana diberi peluang kedua dan dia tidak akan mensia-siakan peluang tersebut.
"Gigi akui teman lelakinya itu bersikap lebih baik dan romantis setelah mereka kembali bercinta buat kali yang kedua," kata sumber.
Namun begitu, pasangan ini tidak pernah membuat kenyataan tentang perancangan menamatkan zaman bujang mereka buat masa ini.
Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org
#Gigi Hadid #model #penyanyi #percintaan #Putus Cinta #Zayn Malik
;