Kenapa Nita Hamzah terkilan?
Gempak
Februari 8, 2018 16:18 MYT
Februari 8, 2018 16:18 MYT
BINTANG Malaysian Idol 2, Nita Hamzah mengakui terkilan apabila ada segelintir netizen memintanya berhenti menyanyi.
Namun, Nita yang baru merakamkan single terbaharu Hadirlah Cinta itu berkata kecaman sedemikian tidak melemahkan semangatnya.
"Memang ada komen-komen negatif daripada netizen yang mahu saya berhenti menyanyi. Mereka anggap saya sudah tidak diperlukan dalam industri kerana saya tidak sepopular penyanyi lain.
"Tetapi komen-komen sebegitu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan saya percaya masih ada pihak yang yakin dengan kebolehan yang saya ada," katanya kepada Astro Gempak.
Nita yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran Datin Alyah di Mutiara Damansara baru-baru ini memberitahu dia kini bernaung di bawah syarikat pengurusan milik Alyah, Like Music.
Malah, pihaknya sedang bekerjasama untuk mempromosikan single terbaharu ciptaan Sharon Paul itu.
"Selepas 10 tahun akhirnya saya kembali dengan single Hadirlah Cinta dan saya harap kemunculan lagu ini memberikan nafas baharu untuk karier saya," katanya.