'Kenapa lagi cantik dari perempuan ni?' - Wajah Beto Kusyairy selepas disolek curi perhatian

Gempak
Oktober 12, 2018 14:01 MYT
Menerusi foto berkenaan, Beto yang bergambar dengan penyanyi Tomok melentikkan tangan menyentuh bahu rakannya itu. - Foto IG Beto Kusyairy
WAJAH aktor Beto Kusyairy disolek seperti wanita menjadi perhatian dan bahan jenaka netizen.
Foto wajah Beto disolek itu dimuat naik sendiri oleh pelakon tersebut ke akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi foto berkenaan, Beto yang bergambar dengan penyanyi Tomok melentikkan tangan menyentuh bahu rakannya itu.
Beto dalam kapsyennya berseloroh memberitahu foto itu menunjukkan apa yang berlaku kepada mereka selepas enam tahun kejadian di Istanbul dalam filem 'Istanbul Aku Datang'.
“6 tahun selepas kejadian di Istanbul, Azad (Tomok) dan Haris (Beto) kembali berjumpa. Tapi...tapi kenapa macam ni? Mana Dian (Lisa Surihani)? tulisnya.
Rata-rata terhibur dengan foto dan kapsyen Beto.
Malah ramai memuji kecantikan Beto selepas disolek seperti wanita.
“Kenapa lagi cantik dari perempuan ni?”
“Macam ni saya nak berhentilah jadi perempuan,”
“Serius cantik!” antara komen-komen pengikut IGnya.
Foto tersebut turut mendapat perhatian rakan artis termasuk Lisa.
#Beto Kusyairy #Instagram #Istanbul Aku Datang #Lisa Surihani #media sosial #selebriti #Tomok #wanita
;