Kenangan yang ditinggalkan Sudirman segar selama-lamanya

Muzaffar Mustapa
Februari 22, 2015 16:12 MYT
Berita kematian Sudirman Hj Arshad di muka depan akhbar Mingguan Malaysia pada 23 Februari 1992 - Foto Mingguan Malaysia
Hari ini, 22 Februari genap 23 tahun pemergian penyanyi kesayangan ramai Dato Sudirman Hj Arshad pulang ke pangkuan Ilahi.
Sudir, nama yang akan terus meniti bibir peminatnya saban tahun, tidak pernah lekang namanya dari ingatan terutama para peminatnya.
Awal pagi tadi, anak saudara kesayangan Sudirman Hj Arshad, Atai bersama keluarga dan beberapa peminat hadir ke Tanah Perkuburan Islam Chengal untuk menziarahi pusara Penghibur Nombor Satu Asia itu.
Atai anak saudara Allahyarham bersama keluarga dan peminat di pusara Allahyarham Sudirman Hj Arshad di Tanah Perkuburan Chengal, Pahang. - Foto Facebook Sudirman Hj Arshad
Sudir legenda muzik negara, tiada galang ganti dan legasi yang ditinggalkannya terus segar hingga ke hari ini.
Siapa yang boleh melupakan lagu-lagu ikonik Allahyarham antaranya Pelangi Petang, Merisik Khabar, Warisan, Milik Siapakah Gadis Ini, Sepetang Di Pinggir Bukit dan banyak lagi.
Bait lirik daripada lagu nyanyiannya, Warisan baru-baru ini diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan yang ke-57 "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta".

#Sudirman23Tahun - Hari ini, 22 Februari genap 23 tahun pemergian Penghibur Nombor Satu Asia, Sudirman Hj Arshad. pic.twitter.com/LUGRFQzzDT

— Astro AWANI (@501Awani) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Sudirman23Tahun - Siapakah Sudir yang anda ingati? Apakah lagu nyanyiannya yang menjadi kenangan buat anda? Kongsi bersama kami.

— Astro AWANI (@501Awani) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Di sini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Di sini tersemai cita-cita Bercambah menjadi warisan - #Sudirman23Tahun

— Astro AWANI (@501Awani) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lagu-lagu seperti Terasing, Basikal Tua, Jauh Di Sudut Hati, Di Dalam Sepi itu terus menjadi pilihan peminat-peminatnya di media sosial.

@501Awani Penyanyi Msia yg tsohor. warisan. lagu yg plg byk didgr msa zmn belajar. #Sudirman23tahun #UNIMAS #PRIMU

— Deela Manan (@deelamanan12) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Salam Terakhir @501Awani #Sudirman23Tahun one of the best piece of art I must say.

— nrkmlh (@LeahKamaliah) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani Jauh Di Sudut Hati, Merisik Khabar, Dari Jauh Ku Pohon Maaf #Sudirman23Tahun

— BoomShakalaka (@reed_mohamed) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani lagu Warisan yang sering memberi semangat kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya

— Projek Iqra' (@projekiqra) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melangkaui batas bangsa, agama dan generasi, Sudirman terus diingati sampai bila-bila seperti contohnya tuit-tuit di bawah. Rata-rata yang melakar kenangan mereka adalah di kalangan remaja generasi Y yang masih belum dilahirkan sewaktu nama Sudir berada di kemuncak.

Al fatihah..lagenda yang tiada ganti..suka dengan lagu lagu Allahyarham ..#legend #sudirman http://t.co/XY5ReBt28H

— Nur Husnina (@HusninaIsmail94) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

23 tahun setelah kau tiada, masih belum ada pengganti sehebat mu. AlFatihah #sudirman #merisikkhabarhttp://t.co/e1l9swZFQI

— Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawiHM) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sudirman dalam kenangan.. Al-fatihah pic.twitter.com/hxbJfU5RqS

— Halim Mohammad Ishak (@halimishak88) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Orang kata..Patah tumbuh hilang berganti. Tapi manakah gantinya? Itulah Sudirman." #deep

— Fatini Rahman (@TiniRahman29) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

22 Februari 1992 22 Februari 2014 Genap 23 tahun pemergian Sudirman Hj Arshad. Lunak suaranya masih didengari sehingga hari ini.

— A H A S (@ahashaikal) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Warisan is my favourite patriotic song by Arwah Sudirman Haji Arshad. Now already 23 years since he leave us . Al Fatihah /p>— (@saraaxaa) February 22, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

23 years without Sudirman in this world, but I always remembering him with his amazing songs. #sudirman

— Nurain Nabilah Nazri (@NurainNabilahN1) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

On 22nd Feb 1992, we've lost 1 of the nation's greatest entertainer, Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad. Al-Fatihah pic.twitter.com/hJLKQRmoq2

— Classtreet (@Classtreet) February 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semoga Allahyarham Sudirman Hj Arshad tenang di persemadiannya. Al-Fatihah.
#23 tahun #meninggal dunia #Sudirman #Sudirman Hj Arshad
;