'Kenal Haniff sebelum dapat Datuk lagi' - Elvina nafi kahwin sebab kejar pangkat

Gempak
Mac 12, 2018 14:00 MYT
Pernikahan Elvina dan Haniff bakal berlangsung pada hari Ahad ini, 18 Mac pukul 3 petang di Hotel Royale Chulan di ibu negara. - Foto Instagram
PELAKON Elvina Mohamad menegaskan keputusannya untuk berkahwin dengan Datuk Haniff Borhan bukan untuk mengejar kedudukan.
Baca: Bakal Jadi Datin Muda, Elvina Nikah 18 Mac
Elvina, 24 tahun yang bakal mendapat gelaran Datin selepas bergelar isteri kepada usahawan permotoran itu menjelaskan dia sudah mengenali kekasihnya, Hanif berusia 32 tahun sejak dua tahun lalu sebelum dianugerahkan darjat kebesaran itu.
"Kami bercinta sejak tahun 2016 dan Haniff mendapat gelaran itu pada tahun lalu, mana mungkin saya mahu berkahwin dengannya semata-mata kerana gelaran datin.
"Saya tidak kisah dengan gelaran itu kerana saya masih Elvina Mohamad yang sama!
"Keputusan untuk mendirikan rumah tangga ini saya buat kerana yakin sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri," katanya pada sidang media tertutup anjuran Mind Order Management Sdn. Bhd. di Alexis, The Garden baru-baru ini.
Pernikahan Elvina dan Haniff bakal berlangsung pada hari Ahad ini, 18 Mac pukul 3 petang di Hotel Royale Chulan di ibu negara.
Pada tarikh yang sama juga, pasangan itu akan mengikat tali pertunangan.
Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 24 Mac di lokasi yang sama.
Pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu telah dirisik oleh keluarga lelaki pada 16 Oktober 2017.
Teks oleh: Amri Hassan
#artis #Elvina Mohamad #Haniff Borhan #kahwin #keluarga #lelaki #rumah #selebriti
;