'Kena rembat kat hidung, kena raba' - Alif Satar

Gempak
November 23, 2018 16:22 MYT
Alif Satar beraksi dalam Kejohanan Ironman. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON dan penyanyi Alif Satar berkongsi pengalaman sewaktu menyertai Kejohanan Ironman Langkawi 70.3 yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Alif, dia terkejut apabila diumumkan mendapat tempat kelapan sebagai perenang terpantas bagi kategori umur yang disertainya.
“Nak kongsi sedikit memori dan mana tahu mungkin dapat racun korang juga untuk your first triathlon event.
“Nampak tak ‘bracelet’ di bahagian kiri pergelangan kaki saya? Dia akan terus start time bukan bila hon dibunykan, tetapi bila korang dah mula masuk dalam laut untuk mula berenang.
“ 70.3 Ironman, jarak yang perlu dilalui adalah 1.9 km dan saya sangat terkejut apabila ‘the tracker’ tulis saya merupakan perenang kelapan terpantas bag kategori umur saya,” tulisnya.
#Alif Satar #Kejohanan Ironman Langkawi 70 3 #Langkawi
;