Kemunculan semula selepas lima tahun, Rihanna bakal gegarkan pentas Superbowl
Faida Rahim
September 26, 2022 11:57 MYT
September 26, 2022 11:57 MYT
LOS ANGELES: Penyanyi Rihanna disahkan akan tampil dalam Superbowl iaitu acara yang paling ditunggu-tunggu dalam kalendar sukan di Amerika Syarikat.
Superbowl dijangka diadakan di Glendale, Ariz pada 12 Februari tahun hadapan dengan menyaksikan Apple Music sebagai penaja utama menggantikan Pepsi.
Penampilan Rihanna merupakan kemunculan semula penyanyi berkenaan selepas kali terakhir membuat persembahan di Anugerah Grammy pada awal 2018.
Naib Presiden Apple Music & Beats, Oliver Schusser memaklumkan, pihak mereka begitu teruja untuk bekerjasama dengan sebuah nama besar dalam Superbowl tahun hadapan.
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Rihanna, Roc Nation dan National Football League (NFL) untuk menyatukan muzik dan peminat sukan dalam sebuah persembahan yang penting," katanya.