Kemunculan Backstreet Boys di KLCC
Astro Awani
Mac 24, 2013 22:03 MYT
Mac 24, 2013 22:03 MYT
Lebih 10,000 penonton membanjiri perkarangan KLCC malam Sabtu bagi menyaksikan siri kedua konsert “Twin Towers At Live” yang membawakan beberapa artis antarabangsa sempena “Malaysian Grand Prix 2013”.
Konsert yang diadakan secara percuma ini turut menampilkan kumpulan popular era 90 an, Backstreet Boys yang memulakan persembahan pada pukil 11.20 malam dengan himpunan lagu-lagu popular mereka.
Saksikan kemeriahan konsert tersebut menerusi laporan penuh Astro Awani.