Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber

Agensi
Oktober 22, 2024 14:26 MYT
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan. - Foto AP
BEDAH siasat ke atas anggota One Direction, Liam Payne, menemukan pelbagai jenis dadah dalam sistemnya semasa terjatuh dari balkoni sebuah hotel di Argentina, minggu lalu.
Laporan beberapa media antarabangsa menyebut, laporan toksikologi awal mendedahkan koktel dadah yang dipanggil pink cocaine, antara lain mengandungi methamphetamine dan ketamin, ditemui semasa bedah siasat.
Payne, 31, sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan yang dialami susulan kemasyhuran yang diperoleh bersama kumpulan One Direction.
Keputusan bedah siasat awal menunjukkan bahawa dia bersendirian semasa jatuh dan mengalami pendarahan dalaman dan luaran, selain pelbagai kecederaan dan trauma.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Seorang pekerja hotel yang disyaki membekalkan dadah kepada Payne hari dia meninggal dunia telah disoal siasat polis, namun dia tidak ditahan.
Bapa Payne, Geoff Payne, masih berada di Buenos Aires dalam usaha untuk mengatur penghantaran pulang mayat anaknya ke England.
Upacara pengebumian dijangka berlangsung pada awal November.
#Liam Payne #bedah siasat #One Direction #Dadah
;