Keluarga Hafreez Adam datang merisik, ada sebab Zara Zya rahsiakan
Gempak
Oktober 8, 2019 17:27 MYT
Oktober 8, 2019 17:27 MYT
PELAKON Zara Zya memberitahu mempunyai sebab tersendiri merahsiakan kunjungan keluarga kekasihnya, Hafreez Adam untuk merisik.
Menurut Zara, dia dan Hafreez memilih untuk merahsiakan hal tersebut atas permintaan keluarga kedua belah pihak.
"Keluarga Hafreez sudah datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada 8 September lalu.
"Semuanya berjalan lancar dan atas permintaan keluarga, kami terpaksa adakan secara tertutup dan tidak umumkan mengenainya," katanya kepada Harian Metro.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin turut memaklumkan dia dan Hafreez akan bertunang sebelum melangsungkan majlis pernikahan.
"Kalau ikut perancangan, Insya-Allah akan ada majlis pertunangan. Apa-apa, kami akan maklumkan kelak," katanya.
Zara dan Hafreez mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa.