Kelly Clarkson, Zac Efron antara bakal penerima bintang Hollywood Walk of Fame

Agensi
Jun 19, 2020 07:38 MYT
Kelly Clarkson ketika menghadiri 25th Critics Choice Awards di Santa Monica, California, AS, 12 Jan, 2020. REUTERS/Fail
PEMENANG American Idol paling berjaya, Kelly Clarkson, pelakon terkanal Zac Efron; serta aktor Britain, Benedict Cumberbatch adalah antara selebriti yang akan menerima plak bintang Hollywood Walk of Fame pada tahun 2021.
Selain mereka, Shia LaBeouf, Missy Elliott dan Don McLean juga antara 35 bintang yang diumumkan bakal menerima penghormatan dari Hollywood Chamber of Commerce itu.
Tidak ketinggalan, penyanyi opera Itali, mendiang Luciano Pavarotti dan pemenang Hadiah Pulitzer, mendiang August Wilson.
Mereka akan menyertai 2,600 selebriti lain yang nama mereka sudah dipahatkan di laluan Hollywood Boulevard, bermula tahun 1960.
Upacara penganugerahan sepatutnya diadakan pada pertengahan Mac namun ditangguhkan kerana wabak COVID-19.
#benedict cumberbatch #Hollywood #Kelly Clarkson #Missy Elliott #Shia LaBeouf #Zac Efron
;