Kejayaan Michelle Yeoh: Raikan sahaja, tak perlu 'bitter' - Netizen

Astro Awani
Mac 13, 2023 17:00 MYT
Biarpun kejayaan Michelle adalah kejayaan peribadi, ia masih boleh dikongsi dan diraikan seluruh warga Malaysia. -Reuters
KETIKA ramai meraikan kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh dalam Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023), terdapat juga sebilangan kecil yang masih tidak dapat lari daripada mentaliti negatif dan pesimis.
Di media sosial, ada yang mencanangkan bahawa kemenangan Michelle bukan sesuatu yang perlu dibanggakan rakyat Malaysia, hanya kerana kerjaya lakonan bekas gadis Bond itu tidak bermula di sini.
Malah, ada juga yang berpendapat industri seni di Malaysia terlalu mundur dan sempit sehingga karyawan tempatan terpaksa berhijrah ke luar negara untuk berjaya.
Namun begitu, masih ramai yang faham biarpun kejayaan Michelle adalah kejayaan peribadi, ia masih boleh dikongsi dan diraikan seluruh warga Malaysia.
Apa yang dicapai Michelle, kata mereka, harus dilihat dari sudut positif bukan kerana atas dasar claim, tetapi sekadar berkongsi rasa bangga dan dijadikan inspirasi.

To all the pessimist, notice how she called Malaysia home. Yes, shes her own star but this is her home and we should be v proud of her! https://t.co/N5sqySCzyL

— Ainur Rabiatuadawiyah (@ainur_hassim) March 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Some folks: "Malaysia doesn't deserve to claim the #Oscars win" Literally Michelle Yeoh's mother: "Malaysia Boleh!" https://t.co/22YaW0X91k

— Lee Seng Foo (@sengfoo88) March 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak payah nak bitter. Just celebrate it. Michelle Yeoh is the first Asian Best Lead Actress winner for Oscar. And that Asian country is Malaysia. Not Korea, not Japan, Thailand etc. Just celebrate it

— Lols (@lalalolss) March 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Benda baik kita celebrate. Kita rasa bangga sebab she is a Malaysian, she was born in Ipoh. Started her career as Miss Malaysia World 1983 sebelum pergi ke Hong kong. Kalau dia lahir dekat asean countries yang lain pon kita akan still bangga sebab she is an asian. So stop la. pic.twitter.com/caoCIOvAki

— Januar Haikal (@Januarhaikal) March 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sat gi akan bermula sesi golongan yg menyerang sesiapa yg mengaku Michelle tu org malaysia. Pdehal org tu relax je banjir kt pahang turun malaysia. Dia lak yg over nanti. Konon industri xlyn dia. Pdehal market dia mmg tak sesuai kt sini. Nk suruh dia berlakon jd ustzh scammer?

— Lita Lynch (@CityLita) March 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Michelle yang dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh, Perak, memulakan kerjaya lakonan di Hong Kong selepas memenangi gelaran Miss World Malaysia pada 1983.
Pada acara gemilang yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles itu, Michelle merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Michelle berdepan saingan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie, Cate Blanchett (Tar), Michelle Williams (The Fabelmans), dan Ana de Armas (Blonde).
Michelle juga sebelum ini meraih trofi sama pada beberapa acara anugerah termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).
#Anugerah Akademi #Oscar #Michelle Yeoh #tak perlu 'bitter'
;