Kejam! Selebriti kecam lelaki tembak monyet gara-gara tak sebut 'Baby Sayang'
Gempak
Mei 21, 2019 16:00 MYT
Mei 21, 2019 16:00 MYT
KEJAM dan tak berperikemanusiaan!
Tindakan seorang individu yang membunuh seekor monyet dengan cara menembaknya tular di media sosial sejak semalam.
Perlakuan lelaki itu gara-gara atas sebab monyet itu mengingkari arahannya untuk menyebut perkataan 'baby sayang'.
Lebih zalim, proses mengerikan itu dirakamkan lelaki berkenaan dan dimuat naik dalam media sosial tanpa rasa bersalah.
Orang awam termasuk golongan selebriti mengutuk sekeras-kerasnya tindakan lelaki terbabit dan menyifatkan tindakan itu sangat tidak wajar!
Malah, ramai yang mempertikaikan penyalahgunaan senjata api tersebut yang digunakan untuk tujuan sedemikian.
Kilafairy, Ernie Zakri, Elfira Loy, Nur Fazura, Scha Alyahya, Jaclyn Victor, Anis Al Idrus, Haiza Hanafi dan Caprice antara selebriti yang bersuara terhadap isu penganiayaan haiwan itu.
"PLEASE REPOST THIS! Sekarang dia bunuh binatang yang tak ada salah apa apa, lepasni siapa pulak dia nak tembak? Innocent kids? Macam mana boleh dapat gun eh? Amazing," tulis Kilafairy.
#baby sayang
#Elfira Loy
#Ernie Zakri
#ingkar arahan
#Instagram
#Kilafairy
#Nur Fazura
#penganiayaan haiwan
#penyalahgunaan senjata api
#Scha Alyahya
#selebriti kutuk
#tembak monyet