Keinginan Remy Ishak ...

Gempak
Ogos 3, 2018 17:33 MYT
Ditanya sama ada dia merancang berkahwin tahun depan, Remy belum ada jawapannya. - Gambar fail
SUDAH setahun mengikat tali pertunangan bersama ahli perniagaan, Roszaliza Yusof, pelakon Remy Ishak mengakui belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Menurut Remy, semua orang mempunyai keinginan untuk berkahwin.
"Saya masih mencari masa yang sesuai untuk berkahwin. Saya memang serius soal kahwin ini," katanya.
Ditanya sama ada dia merancang berkahwin tahun depan, Remy belum ada jawapannya.
"Sekarang, saya sendiri belum sedia untuk beri komitmen pada perkahwinan kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan," katanya kepada Gempak.
Pelakon filem Pulang ini berkata, dia juga masih dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri sebelum memikul tanggungjawab untuk menjaga anak dara orang.
Remy dan Roszaliza telah mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu.
#filem #karier #pelakon #perkahwinan #Remy Ishak #Roszaliza Yusof #selebriti
;