'Kehidupan semakin tenang selepas bertunang' - Atikah Suhaime

Gempak
Jun 4, 2018 16:00 MYT
Atikah: "Saya rasa selesa dan percaya pada Awi serta saya tidak perlu untuk pening kepala memikirkan apa yang dia lakukan kerana kami sudah mempunyai ikatan." - Sumber foto Instagram
Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime mengakui kehidupannya semakin tenang selepas melangsungkan pertunangan bersama penyanyi, Awi Rafael.
Menurut Atikah, buat masa sekarang dia boleh memberi fokus kepada kerjaya sepenuhnya.
"Alhamdulillah ... semuanya berjalan dengan lancar dan kehidupan kami semakin bahagia selepas bertunang.
"Saya rasa selesa dan percaya pada Awi serta saya tidak perlu untuk pening kepala memikirkan apa yang dia lakukan kerana kami sudah mempunyai ikatan.
"Mungkin dulu saya agak susah percayakan dia kerana pada masa itu kami tiada apa-apa ikatan yang sah.
"Sekarang ini saya boleh memberi fokus sepenuhnya pada kerjaya dan dalam masa yang saya membahagikan masa dengan tunang," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Atikah, dia kini sedang sibuk melakukan promosi drama, Klik! Pengantin Musim Salju yang membariskan pelakon hebat seperti Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Cik Manggis dan Ardell Aryana.
Drama Klik! Pengantin Musim Salju mengisahkan tentang Adam Putra yang telah mengajak seorang gadis untuk berkahwin dengannya. Kay adalah seorang gadis brutal yang langsung tiada ciri-ciri feminin.
Namun, Kay hanya perlu berlakon sebagai isteri Adam.
Tindakan Adam mengajak Kay berlakon berkahwin hanya kerana ingin memastikan kesihatan neneknya tidak terjejas. Tunang Adam yang bernama Karlisha Zandra tiba-tiba membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir.
Jangan lupa untuk menonton drama Klik! Pengantin Musim Salju disiarkan di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123), Astro Ramadan HD (122), setiap Isnin hingga Khamis, pada pukul 7 malam. - Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi/Foto : Instagram
#Adam Lee #Alif Satar #Ardell Aryana #artis #Atikah Suhaime #Awi Rafael #Cik Manggis #Instagram #perkahwinan #Ramadan #Singapura #Siti Nordiana
;