Kehangatan "Twin Towers At Live 2013"
Astro Awani
Mac 23, 2013 19:16 MYT
Mac 23, 2013 19:16 MYT
Konsert "Twin Towers At Live 2013" membuka tirai dengan penuh kehangatan di menara berkembar KLCC sempena Petronas Malaysia Grand Prix buat tahun ketiga pada Jumaat.
Konsert tersebut dimulakan oleh penyanyi tempatan Atilia dan K Town Clan kemudian digegarkan dengan persembahan hebat daripada kumpulan pop Korea, U Kiss.
Sorakan terus bergema dengan kemunculan Demi Lovato yang membawakan lagu popularnya seperti “Skyscraper”, “Give Your Heart A Break” dan “Unbroken”.
Turut menjadi penyeri majlis, acara pertunjukkan fesyen “Mercedes Benz stylo Fashion Grand Prix 2013” diikuti dengan iringan vocal Syafinaz Selamat.
Sementara itu, konsert malam kedua pada sabtu pula akan membawakan artis ternama seperti kumpulan K-Pop, Caprice, Mizz Nina dan 2Ne1.
Bagaimanapun antara persembahan yang paling dinanti-nantikan para pengunjung ialah kemunculan kumpulan popular era 90an, Backstreet Boys.