"Kedua-dua mereka disatukan atas kehendak Allah ..." - Pak Nil
Gempak
Januari 7, 2019 00:00 MYT
Januari 7, 2019 00:00 MYT
PENGACARA Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil menganggap pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar seperti anaknya sendiri.
Menurut Pak Nil, dia bertemu Elfira ketika umurnya dalam lingkungan 14 tahun ketika program TomTomBak manakala Faris adalah anak didiknya di On Air Astro.
Pak Nil berkongsi menerusi akaun Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik video Elfira dan Faris ketika majlis resepsi yang baru diadakan pada Sabtu lalu.
"Mereka berdua ini ibarat anak kepada #paknil.
"@elfiraloy antara bakat yang Paknil temui ketika Program TomTomBak masa usianya mungkin dalam 14 tahun.
"Kalau ada masalah sering juga dapatkan pandangan Paknil.
"@farisanuar pula adalah #anakdidikpaknil di On Air Astro @onairtalents.
"Ilmu pengacaraan dan penyampaian ada padanya tapi dia beri tumpuan pada kariernya," tulisnya.
Pak Nil juga menekankan perkahwinan dua mempelai ini adalah aturan Allah.
"Apa pun, kedua2 mereka disatukan atas kehendak Allah.
"Pada mereka yg bertutur kesat, atas jodoh mereka bermakna mereka tidak restu perancangan Allah.
"Doakan hubungan mereka dan jaga hubungan kita dengan Allah. Tahniah anak2 ku," tulisnya lagi.
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang ditulis malah mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
Sekadar info, Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 yang lalu di sebuah majlis tertutup.
BACA: "Wow princess... macam Cinderella la!" - Netizen cair tengok penampilan Elfira Loy di majlis resepsi
Sumber: Kakifoto