Kecoh Najib buat 'cameo' dalam drama Korea

Madiha Abdullah
Oktober 13, 2018 16:08 MYT
Rakaman yang disiarkan di televisyen itu dikatakan rakaman ketika Najib hadir memberi keterangan di SPRM. - Astro AWANI/Fail
MEDIA sosial kecoh beberapa hari ini selepas kelibat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat penampilan cameo dalam sebuah drama bersiri Korea, Terius Behind Me.
Walaupun hanya penampilan dalam televisyen semasa satu babak antara watak Kwon Young-Shil dan Kim Bon, ia tetap menarik perhatian ramai.
Hanya beberapa saat penampilan itu namun netizen sempat merakam saat itu dan memuat naiknya ke laman sosial.
Akaun Twitter @eggsoo_ antara yang terawal memuat naik tweet bergambar, dan ia kemudiannya menerima lebih 13,000 retweet.

HAHAHAHAHAHAH NAJIB JADI CAMEO pic.twitter.com/kBEByLjaAt

— WATCH 100 DAYS MY PRINCE YOU COWARD (@eggsoo_) October 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rakaman yang disiarkan di televisyen itu dikatakan rakaman ketika Najib hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
#cameo #drama #Korea Selatan #laman sosial #media sosial #Najib Razak #SPRM #televisyen #Tweet #Twitter
;