Kecoh BTS RM jadi lelaki terkacak dunia kalahkan Henry Cavill, tapi sebenarnya ini yang berlaku
Gempak
Ogos 25, 2022 12:33 MYT
Ogos 25, 2022 12:33 MYT
PENGANJUR 100 Lelaki Paling Kacak Dunia, TC Candler menafikan anggota kumpulan BTS iaitu RM, dinobatkan sebagai lelaki terkacak dunia menewaskan pelakon Hollywood terkenal, Henry Cavill.
TC Candler dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya masih belum lagi mengeluarkan senarai pemenang seperti yang diperkatakan sebelum ini.
"Kepada sesiapa yang bertanya dan menyebarkan 'meme' itu, kami belum pun keluarkan senarai akhir untuk tahun 2022.
“Kami hanya mengeluarkan senarai penuh Top 100 pada akhir Disember nanti.
"Walaupun kami sangat kagum dengan RM dan Henry Cavill, tiada siapa antara mereka sudah dipilih sebagai pemenang atau memasuki Top 5.
“Belum ada sebarang keputusan untuk tahun 2022 sebelum kami buka undian pada Disember.
"Jika anda ternampak 'meme' atau berita mengenai perkara ini tular di media sosial, tolong abaikan dan jangan kongsi," jelas kenyataan itu.
*Artikel asal disiarkan di Gempak